Program Pemulihan Kewangan Berperingkat (PPKB Khas)
Program intensif ini direka untuk kes kewangan kompleks melalui bimbingan mendalam, kaunseling dan sokongan berterusan.
Apakah yang ditawarkan?
Versi intensif ini menawarkan bimbingan mendalam, kaunseling tambahan dan sokongan jangka panjang. Ia sesuai untuk kes yang lebih kompleks dengan penyelesaian menyeluruh dan hasil pemulihan lebih efektif.
Khusus Kes Kompleks
Intensif dan disesuaikan mengikut situasi unik.
Bimbingan Intensif
Bimbingan serta panduan lebih mendalam dan terperinci.
Sesi Kaunseling Tambahan
Sokongan dalam aspek emosi dan isu kewangan.
Rancangan Pemulihan
Gabungan strategi jangka pendek & panjang.
Sokongan Pakar
Nasihat daripada individu berpengalaman dari segi kewangan.
Pemantauan Berterusan
Memastikan pemulihan berjalan konsisten dan mencapai kemahuan.
Siapakah sesuai untuk menyertai?
Golongan berisiko tinggi dikenakan tindakan mahkamah
Bimbingan khas untuk mengurus kes serius.
Individu muflis / bekas muflis
Peluang membina semula kewangan selepas muflis
Mangsa penipuan kewangan / scam
Kaunseling khas untuk pemulihan kewangan dan emosi.
Kes khas yang memerlukan pendekatan mendalam
Penyelesaian empati bagi isu kewangan kompleks.
Mengapa ia membantu?
Memberi penyelesaian kepada kes sukar
Direka khas untuk individu dengan masalah kewangan kritikal.
Menyediakan bimbingan lebih menyeluruh
Bukan sekadar kewangan, tetapi juga sokongan emosi.
Memberi peluang memulihkan kewangan secara terkawal
Hasil lebih konsisten melalui pendekatan intensif.
Soalan Lazim
Temui jawapan kepada persoalan anda melalui soalan lazim di bawah.
Apa perbezaan PPKB dan PPKB Khas?
Siapa yang layak menyertai program ini?
Apakah bentuk bimbingan yang diberikan?
Berapa lama program ini dijalankan?
Ia lebih panjang berbanding PPKB biasa, bergantung kepada tahap masalah peserta.
Adakah terdapat kos tambahan?
Ya, kerana ia memerlukan bimbingan mendalam dan sesi lebih kerap.
Adakah saya akan dapat perlindungan undang-undang?
Kami tidak menyediakan khidmat guaman, tetapi akan rujuk anda kepada pihak berkaitan.
Bolehkah saya sertai walaupun sudah muflis?
Ya, program ini memang direka untuk membantu golongan muflis atau bekas muflis.
Bagaimana program ini memberi kesan jangka panjang?
Ia membina semula kewangan peserta dengan lebih stabil serta elak masalah berulang.
Langkah Permulaan
Mulakan perjalanan kewangan anda bersama KOPUSAJAYA dengan mengikuti panduan mudah yang telah kami sediakan
Sertai Keanggotaan
Daftar sebagai ahli KOPUSAJAYA dan nikmati keistimewaan koperasi.
01
Kenali Keperluan Anda
Biarkan kami memahami situasi dan matlamat kewangan anda
02
Mulakan Perubahan
Bersama kami, tingkatkan kestabilan dan kebebasan kewangan anda.
